Profile(BM)

Nama saya Gao Yuan. Saya berasal dari China. Tempat tinggal saya merupakan sebuah bandar yang bersejarah dan terletak di pertengahan China. Nama bandar saya dikenali sebagai ‘Chang An’ dan ia merupakan satu daripada enam bandar utama di China. Bandar ini telah dibina sejak 3000 tahun dahulu dan telah dikuasai oleh sebanyak 13 dinasti.

Sejak saya mengikuti kursus pendidikan inggeris di Universiti kebangsaan Malaysia, saya tidak dapat tahan cuaca Malaysia yang begitu panas. Ini disebabkan negara China merupakan negara yang mempunyai empat musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan akhirnya musim sejuk manakala Malaysia merupakan negara yang panas sepanjang tahun. Saya masih ingat pengalaman pertama kali saya sampai di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Pihak UKM amat mulia dan bertimbang rasa telah menghantar bus membawa kami dari lapangan kapalterbang KLIA. Suasana jalanraya yang sangat sibuk dan penuh dengan kenderaan seperti bus, kereta, motorsikal, dan lain-lain. Suasana ini jarang dapat dilihat di negara saya yang utama menggunakkan basikal. Ekonomi Malaysia memang sangat bagus sehingga hampir setiap orang mempunyai motorsikal atau kereta. Sebaliknya, negara saya masih banyak orang menggunakkan basikal untuk bergerak.

Selepas dua jam, kami telah sampai di UKM. kami telah tertarik oleh suasana UKM yang begitu cantik, nyaman, dan bersih. Kami juga nampak pelbagai bangsa seperti melayu, cina, india dan lain-lain. Kami telah tertarik dengan pakaian yang begitu cantik dan unik yang dipakai oleh bangsa-bangsa seperti bangsa melayu memakai baju kurung dan bangsa india yang memakai sari. Pakaian-pakaian ini saya tidak pernah nampak sesiapa pun memakai di China di mana ini hanya dapat merujuk di majalah-majalah sahaja. Bahasa-bahasa yang ditutur adalah berbeza mengikut bangsa-bangsa. Contohnya, kaum melayu menggunakan bahasa melayu, kaum india pula menggunakan bahasa india manakala kaum cina menggunakan bahasa-bahasa seperti mandarin, kantonis, hakka, hokkien dan lain-lain. Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa tetapi semua hidup dengan gembira dan harmoni.

Walaubagaimanapun, saya tidak biasa dengan makanan melayu yang amat pedas di sini kerana saya tidak dapat tahan makanan pedas. Kami juga mengalami kesusahan semasa membeli makanan di kafe kerana sumua menu dalam bahasa melayu. Orang-orang di sini sangat baik telah menolong kami membeli makanan dan juga menjelaskan kandungan menu dalam bahasa cina. Bilik-bilik kuliah UKM juga mempunyai kemudahan penghawa dingin, tetapi disebabkan saya tidak dapat tahan suasana yang begitu sejuk telah jatuh sakit

Dalam masa saya belajar di UKM selama tiga bulan ini, kehidupan saya penuh dengan kesusahan dan kepahitan. Kursus-kursus yang ditawarkan kepada kami adalah sangat susah diikuti. Selain itu, saya terpaksa berdikari dan belajar mengatasi semua masalah diri sendiri. Saya juga telah mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh kelab kebudayaan yang terdapat di college saya iaitu ‘Yi Hua’ seperti melawat rumah orang tua dan juga perayaan Tahun Baru Cina. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat berkenal dengan sekumpulan kawan tempatan yang begitu mesra dan sentiasa bersedia membantu saya setiap masa. Saya telah banyak berubah dan menjadi lebih berdikari berbanding sebelum saya belajar di UKM.

Saya berasa sangat gembira kerana semua pensyarah yang terdapat di sini sangat bertanggungjawab dan berkualiti tinggi. Saya tidak akan berasa kesal menyambung pelajaran saya di UKM. Sebaliknya saya berasa gembira dan bersyukur dapat mengikuti kursus di universiti yang berkedudukan pertama di Malaysia ini. Saya berasa terkagum terhadap taraf hidup negara Malaysia yang begitu tinggi, penguasaan bahasa inggeris yang tinggi dan kemudahan perubatan yang canggih.

Kesimpulannya, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cermelang. Saya berjanji akan menjadi seorang guru inggeris yang berkualiti dan bertanggjawab.

Terima kasih semua~

Advertisements

Responses

  1. nice blog!

  2. Nice story. I wish you all the best and i am sure you will turn out to be an excellent english teacher!

  3. Nice blog as yours ~ Jenny!

  4. Dear Dr rosseni, I thought you would say”I wish you all the best and I am sure you will turn out to be a excellent BAHASA MALAYU teacher!”
    hehe 😛

  5. haha not to that extend but if you want sure you can!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: